Taska Little Imtiaz membawa maksud taska anak-anak cemerlang. Harapan kami agar anak2 asuhan menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Taska Little Imtiaz (TLI) berkonsepkan asuh, didik dan sayang. Kami mengasuh, mendidik dan menyayangi anak2 asuhan macam anak sendiri. Pendekatan mengenali huruf hijaiyah diajarkan dari awal usia anak-anak dihantar ke taska iaitu 3 bulan sehingga ke umur 4 tahun yang paling ‘tua’ di taska dan beberapa kanak-kanak transit.

Setiap hari, sebelum memulakan waktu ‘circle time’ (waktu membuat aktiviti bersama cikgu), permulaan jadual mereka ialah mengenali huruf hijaiyah samaada melalui nyanyian, video, bacaan lisan atau gambar. TLI juga menerapkan amalan pemakanan sunnah seperti kurma dan kismis dalam setiap makanan yang dimasak di TLI samaada bubur nasi bayi atau makanan kanak-kanak. Cikgu-cikgu sentiasa diingatkan untuk mendidik dan mengasuh anak-anak TLI dari hati barulah setiap didikan itu akan lebih menyerap masuk ke nurani anak-anak.

Selain dari itu, Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di TLI merangkumi perkembangan fizikal, awal matematik, sahsiah, sosioemosi, kerohanian, senikreatif ,deria dan pemikiran logik ialah aktiviti yang mengikut garis panduan oleh JKM dan modul PERMATA. Pada waktu yang sama kita masih memberikan kenangan yang manis untuk zaman kanak-kanak mereka kerana walaupun bunyi macam memenatkan tetapi aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah menarik. Pendekatan cara belajar solat dan belajar adab, berkongsi dan hormat menghormati juga diterapkan di TLI.

Bagi waktu petang, pengajaran Belajar Iqra ada dibuat bersama-sama anak-anak sementara menunggu ibubapa datang menjemput anak-anak mereka.

Pengusaha TLI, Pn Arein sangat mementingkan aspek duniawi dan ukhrawi samaada kepada anak-anak TLI mahupun cikgu-cikgu TLI. Selain dari pendidikan yang cuba diterapkan kepada anak-anak TLI, Sesi usrah/tazkirah bersama Ustazah Pilihan TV9 iaitu Ustazah Hidayah juga diadakan di taska pada setiap hari Rabu dan berselang minggu dengan sesi mengaji Al-Quran bersama Cik Hasmah buat cikgu-cikgu. Pn Arein berpendapat adalah menjadi satu tanggungjawab besar untuk memikul tugas sebagai pengusaha dalam menjaga anak-anak dan cikgu-cikgu kerana ia melibatkan dengan nyawa. Sebab itu, santapan rohani juga penting buat cikgu-cikgu agar sentiasa ‘fresh’ untuk mendidik anak-anak.

Taska juga mengadakan pelbagai program bersama ibubapa antaranya Jamuan Hari Raya dan Majlis Sambutan Hari Jadi setiap 3 bulan sekali bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara cikgu-cikgu dengan ibubapa. Kami mengharapkan hubungan TLI dengan ibubapa adalah seperti sebuah keluarga yang besar.